email :
TEL: 04-4037488
FAX: 04-4037488
SEKAPUR SIREH

ABSTRAK

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada 01.01.2003 dengan azam yang tinggi pada awalnya untuk melaksanakan visi dan misi sekolah iaitu menjadi antara 10 buah sekolah terbaik di negeri Kedah menjelang tahun 2010. Terletak di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech telah membantu sekolah mengalami perubahan yang mebanggakan sehingga kini. Matlamat sekolah adalah menerima murid tanpa mengira kaum untuk menimba ilmu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya meneruskan kecemerlangan dalam ko-kurikulum selaras dengan hasrat dan pekeliling Kementerian Pelajaran yang mewajibkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijalankan dua jam seminggu. Adalah menjadi hasrat sekolah agar dapat mewujudkan satu watak khas bagi sekolah ini agar dikenali dan digeruni dalam bidang akademik dan koakademik. Barisan pentadbir dan guru-guru berpengalaman akan menjadi pemangkin kepada aspirasi yang dicanang agar impian menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi berjaya digapai.

MAKLUMAN

Saturday 28 June 2014

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan bekas guru-guru SK Taman Hi-Tech kerana pengiktirafan yang diterima pada tahun ini. Bermula tahun 2014 Sk Taman Hi-Tech telah berada dalam kelompok sekolah kluster kecemerlangan. Terima kasih juga diucapkan kepada mantan Guru Besar kerana anda adalah pencetus kepada SKK ini. Kepada guru-guru yang masih berada di SK TAMAN HI-TECH,  teruskan kecemerlangan anda seterusnya menuju ke arah pengiktirafan yang lebih baik.



Guru Besar Menghadiri Majlis Sekolah Kluster 



Sijil Pengiktirafan
Replika Cek Yang Diterima

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua warga SK Taman Hi-Tech. Teruskan kecemerlangan anda untuk terus memacu sekolah-sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu.


KEM UPSR FASA 1 DAN 2

Pada cuti sekolah yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Kem UPSR bagi meningkatkan kefahaman dan memberi pengalaman kepada murid tahun 6. Teknik menjawab soalan dan pengurusan diri ditekankan selain matlamat asala adalah untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam setiap mata pelajaran.Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yng memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengadakan program ini.

        Kem UPSR fasa pertama diadakan di Kem Kenari Nature Park bertempat di Yan Kedah. Kem ini berjalan lancar dan murid-murid dapat menghirup udara segar dan merasai hidup di kampung. Mereka juga dapat merasai pengalaman meredah sungai dan hutan di kaki Gunung Jerai.

Suasana Di Kem    







Air Sungai dari Gunung Jerai

Manakala Kem UPSR fasa 2 telah diadakan di Pantai Merdeka. Kali ini murid dapat merasai hidup di tepi lautan atau menjadi anak nelayan. Kem kali ini bertempat di Pantai Merdeka Resort. Walaupun kurang mencabar daripada Kem fasa 1, namun mereka bersemangat untuk menimba ilmu walaupun ketika itu cuti persekolahan. Sekali lagi terima kasih kepada guru-guru yang memberi sepenuh dedikasi mereka dalam menjayakan program ini.






Kem UPSR Fasa 1 Kem Kenari Yan


Kem UPSR Fasa 2 Pantai Merdeka
Terima kasih semua yang terlibat.

BERITA SEMASA SKTHT

Guru-guru yang ingin memasukkan berita tentang persekolahan 2013 bolehlah berhubung dengan Admin


 

blogger templates | Make Money Online