email :
TEL: 04-4037488
FAX: 04-4037488
SEKAPUR SIREH

ABSTRAK

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada 01.01.2003 dengan azam yang tinggi pada awalnya untuk melaksanakan visi dan misi sekolah iaitu menjadi antara 10 buah sekolah terbaik di negeri Kedah menjelang tahun 2010. Terletak di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech telah membantu sekolah mengalami perubahan yang mebanggakan sehingga kini. Matlamat sekolah adalah menerima murid tanpa mengira kaum untuk menimba ilmu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya meneruskan kecemerlangan dalam ko-kurikulum selaras dengan hasrat dan pekeliling Kementerian Pelajaran yang mewajibkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijalankan dua jam seminggu. Adalah menjadi hasrat sekolah agar dapat mewujudkan satu watak khas bagi sekolah ini agar dikenali dan digeruni dalam bidang akademik dan koakademik. Barisan pentadbir dan guru-guru berpengalaman akan menjadi pemangkin kepada aspirasi yang dicanang agar impian menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi berjaya digapai.

MAKLUMAN

Friday 17 February 2012

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada sesi persekolahan 2003. Terletak di kawasan perindustrian berteknologi tinggi yang dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan behadapan dengan Kulim Golf Kelab. Peringkat permulaanya pentadbiran diketuai oleh Encik Mohd Zailan bin Ariffin sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Rapheal bin Zakarudin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran ,Encik Mohamad Radzi bin Ibrahim sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Fadzil bin Darus sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

Pada tahun 2006 , pentadbiran SKTHT berlaku perubahan apabila Encik Rapheal bin Zakarudin telah bertukar dan kekosongan itu ditugaskan kepada Encik Mohamad Radzi bin Ibrahim. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula disandang oleh Puan Suzzana binti Md Saad. Mulai sesi persekolahan tahun 2008 berlaku lagi pertukaran pentadbir. Encik Ramly bin Othman seorang pentadbir yang berwawasan dan berfikiran jauh telah menggantikan Encik Mohd Zailan bin Ariffin yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sri Kulim sebagai Guru Besar cemerlang DGA 38. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh SKTHT semenjak di bawah pentadbiran Encik Mohd Zailan bin Ariffin dan diteruskan oleh Encik Ramly bin Othman. Kini SK Taman Hi-Tech mempunyai 1052 orang pelajar, bilangan guru seramai 65 orang dan kakitangan bukan akademik seramai 9 orang. SK Taman Hi-Tech akan terus melakar kejayaan seiring dengan moto sekolah iaitu “Iltizam, Bestari dan Kualiti.”

0 comments:

BERITA SEMASA SKTHT

Guru-guru yang ingin memasukkan berita tentang persekolahan 2013 bolehlah berhubung dengan Admin


 

blogger templates | Make Money Online