email : sktamanhitech@gmail.com
TEL: 04-4037488
FAX: 04-4037488
ABSTRAK
Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada 01.01.2003 dengan azam yang tinggi pada awalnya untuk melaksanakan visi dan misi sekolah iaitu menjadi antara 10 buah sekolah terbaik di negeri Kedah menjelang tahun 2010. Terletak di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech telah membantu sekolah mengalami perubahan yang mebanggakan sehingga kini. Matlamat sekolah adalah menerima murid tanpa mengira kaum untuk menimba ilmu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya meneruskan kecemerlangan dalam ko-kurikulum selaras dengan hasrat dan pekeliling Kementerian Pelajaran yang mewajibkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijalankan dua jam seminggu. Adalah menjadi hasrat sekolah agar dapat mewujudkan satu watak khas bagi sekolah ini agar dikenali dan digeruni dalam bidang akademik dan koakademik. Barisan pentadbir dan guru-guru berpengalaman akan menjadi pemangkin kepada aspirasi yang dicanang agar impian menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi berjaya digapai.
Posted by
sktamanhitech
at
21:21
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan bekas guru-guru SK Taman Hi-Tech kerana pengiktirafan yang diterima pada tahun ini. Bermula tahun 2014 Sk Taman Hi-Tech telah berada dalam kelompok sekolah kluster kecemerlangan. Terima kasih juga diucapkan kepada mantan Guru Besar kerana anda adalah pencetus kepada SKK ini. Kepada guru-guru yang masih berada di SK TAMAN HI-TECH, teruskan kecemerlangan anda seterusnya menuju ke arah pengiktirafan yang lebih baik.
Guru Besar Menghadiri Majlis Sekolah Kluster
|
Sijil Pengiktirafan |
|
Replika Cek Yang Diterima |
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua warga SK Taman Hi-Tech. Teruskan kecemerlangan anda untuk terus memacu sekolah-sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu.
Posted by
sktamanhitech
at
14:02
Pada cuti sekolah yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Kem UPSR bagi meningkatkan kefahaman dan memberi pengalaman kepada murid tahun 6. Teknik menjawab soalan dan pengurusan diri ditekankan selain matlamat asala adalah untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam setiap mata pelajaran.Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yng memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengadakan program ini.
Kem UPSR fasa pertama diadakan di Kem Kenari Nature Park bertempat di Yan Kedah. Kem ini berjalan lancar dan murid-murid dapat menghirup udara segar dan merasai hidup di kampung. Mereka juga dapat merasai pengalaman meredah sungai dan hutan di kaki Gunung Jerai.
|
Suasana Di Kem | | | | |
|
|
|
|
|
|
Air Sungai dari Gunung Jerai |
Manakala Kem UPSR fasa 2 telah diadakan di Pantai Merdeka. Kali ini murid dapat merasai hidup di tepi lautan atau menjadi anak nelayan. Kem kali ini bertempat di Pantai Merdeka Resort. Walaupun kurang mencabar daripada Kem fasa 1, namun mereka bersemangat untuk menimba ilmu walaupun ketika itu cuti persekolahan. Sekali lagi terima kasih kepada guru-guru yang memberi sepenuh dedikasi mereka dalam menjayakan program ini.
|
Kem UPSR Fasa 1 Kem Kenari Yan |
|
|
|
|
Kem UPSR Fasa 2 Pantai Merdeka |
Terima kasih semua yang terlibat.
Posted by
sktamanhitech
at
19:35
|
Klik Pada Imej Untuk Lebih Jelas |
Jadual Ujian 2 SK Taman Hi Tech 2013. Semoga semua berjaya
Posted by
sktamanhitech
at
21:26
Makluman kepada semua warga Hi-Tech , Blog sekolah kembali berperasi seperti sedia kala. Penambahbaikan akan dilakukan. Jika guru-guru mempunyai posting yang ingin dipaparkan di dalam blog sekolah . Sila hubungi admin. Terima kasih.
|
Suasana SK Taman HI-Tech |
Posted by
sktamanhitech
at
06:09
Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada sesi persekolahan 2003. Terletak di kawasan perindustrian berteknologi tinggi yang dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan behadapan dengan Kulim Golf Kelab. Peringkat permulaanya pentadbiran diketuai oleh Encik Mohd Zailan bin Ariffin sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Rapheal bin Zakarudin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran ,Encik Mohamad Radzi bin Ibrahim sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Fadzil bin Darus sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.
Pada tahun 2006 , pentadbiran SKTHT berlaku perubahan apabila Encik Rapheal bin Zakarudin telah bertukar dan kekosongan itu ditugaskan kepada Encik Mohamad Radzi bin Ibrahim. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula disandang oleh Puan Suzzana binti Md Saad. Mulai sesi persekolahan tahun 2008 berlaku lagi pertukaran pentadbir. Encik Ramly bin Othman seorang pentadbir yang berwawasan dan berfikiran jauh telah menggantikan Encik Mohd Zailan bin Ariffin yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sri Kulim sebagai Guru Besar cemerlang DGA 38. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh SKTHT semenjak di bawah pentadbiran Encik Mohd Zailan bin Ariffin dan diteruskan oleh Encik Ramly bin Othman. Kini SK Taman Hi-Tech mempunyai 1052 orang pelajar, bilangan guru seramai 65 orang dan kakitangan bukan akademik seramai 9 orang. SK Taman Hi-Tech akan terus melakar kejayaan seiring dengan moto sekolah iaitu “Iltizam, Bestari dan Kualiti.”
Posted by
sktamanhitech
at
21:40
Pada 19 Jun 2011 Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah mengadakan kejohanan sukan tahunan 2011 yang sangat meriah. Tahniah kepada semua guru yang menjayakan kejohanan ini. Sesungguhnya kerjasama antara semua pihak telah menjayakan kejohanan kali ini.
Posted by
sktamanhitech
at
06:08
Tahun ini kem sayang anakku sayang diadakan di adakan di Politeknik Sultanah Bahiyah , Kulim. Walaupun berbagai rintangan dan cabaran ditempuhi...kem ini dapat dijalankan dengan jayanya. Beberapa keping foto yang sempat dirakam moderator.
Gambar penuh akan disiarkan nanti.
BERITA SEMASA SKTHT
Guru-guru yang ingin memasukkan berita tentang persekolahan 2013 bolehlah berhubung dengan Admin